6:52 AM

Projek Pisang Berangan

Posted by Utara Ternak Farm |


Di negara kita terdapat pelbagai jenis pokok pisang .Pisang berangan adalah salah satu daripadanya.Pisang berangan mempunyai nilai komersial yang amat tinggi jika di tanam secara sistematik.Penjagaan pokok pisang berangan tidak terlalu rumit tambahan pula iklim negara kita amat sesuai untuk penanaman pokok pisang .Pisang berangan mengeluarkan hasil sekali setahun dan pasaran pisang jenis ini amat luas didalam negara ataupun di luar negara .Oleh itu, syarikat kami, Utara Ternak Farm telah menjinakan diri didalam bidang pertanian iaitu projek pisang berangan.Syarikat kami telah memulakan penanaman pisang berangan sebanyak 1800 pokok di atas tanah yang berkeluasan 2 ekar .Penanaman anak benih yang di tunaskan melalui tisu-tisu induk pisang berangan yang dikawalselia cara penanaman dan pembajaan yang berjadual.


MODAL

Modal permulaan untuk menjalankan projek ini tidaklah terlalu banyak. Syarikat kami hanya bermodalkan rm 8,000 untuk menjalankan projek ini. Hasilnya ,pihak syarikat memperolehi pendapatan rm 95,000 setahun.Modal sebanyak rm8,000 itu hanyalah modal permulaan untuk tahun pertama sahaja,kerana pada tahun berikutnya modal tambahan hanya ¼ daripada modal awalan .Ini kerana penanaman benih pisang berangan hanya sekali sahaja dan kita boleh memperolehi hasilnya selama 4tahun melalui anak pokok pisang yang di jaga selepas induk asal telah ditebang .


PASARAN PISANG BERANGAN

Permintaan pisang berangan amat tinggi .Di dalam negara sahaja permintaan terhadap pisang berangan amat mengalakan.Dilembah klang sahaja harga pisang berangan rm3.00perkg .Harga borong pisang berangan rm1.50 perkg .Tahukah anda berapa berat setandan pisang berangan ….?Berat setandan pisang berangan ialah 25kg-45kg


APAKAH KAITAN PROJEK PISANG BERANGAN DENGAN PROJEK KAMBING

Bidang pertanian ada hubungan rapat dengan bidang penternakan begitu juga dengan kedua –dua projek kami ini.Dimanakah hubungan tersebut…?Pokok –pokok pisang yang telah dituai hasilnya akan ditebang .Kemudian pokok tersebut akan kisar menjadi halus untuk dijadikan makanan sampingan kambing . Melalui cara ini kami dapat mengurangkan kos makanan kambing . Anda ingin tahu …?Jika kambing memakan pokok pisang yang dikisar ia dapat membantu menghapuskan cacing didalam perut kambing tersebut.Hasil dari pemakanan ini akan menghasilkan tinja@najis kambing.Tinja kambing ini akan dibajakan pada pokok pisang .Inilah yang dinamakan rantaian makanan.


JUALAN ANAK BENIH DARI TISU INDUK POKOK PISANG BERANGAN

Pihak syarikat kami ada menawarkan jualan anak benih pisang pisang berangan

Sepokok anak benih : rm 1.60

CARA-CARA TEMPAHAN

Deposit 40% daripada jumlah anak pokok yang ditempah. Untuk tempahan hubungi

012 2007573

Subscribe