6:48 AM

Kenali Kami.

Posted by Utara Ternak Farm |

Siapa kami ?

Utara Ternak Farm adalah sebuah syarikat yang mengamalkan konsep 3P.Apakah itu konsep 3P….?Konsep 3P adalah merangkumi 3bidang iaitu penternakan ,pertanian dan perniagaan.Ketiga-tiga bidang ini berkait rapat antara satu sama lain dimana ia bagaikan satu rantaian makanan yang besar. Utara Ternak Farm terlibat didalam penternakan kambing, penternakan ikan keli dan projek pisang berangan .

Dimana kami…?

Syarikat kami beroperasi di Kampung Balun , Slim River ,Perak dengan keluasan tanah 5 ½ ekar.Kami mempunyai 2 buah kandang kambing dengan kapasiti 600 ekor dalam sesuatu masa,14 kolam ikan keli dan 2000 pokok pisang berangan.

Perkhidmatan dan jualan

Syarikat kami adamenawarkan pelbagai perkhidmatan dan jualan :

1)kambing:

a)kambing aqiqah dan korban

(b)kambing baka

(c)susu kambing

(d)pusat inkubator ternakan kambing

2)ikan keli

a)benih ikan keli

b)ikan keli

3)pisang berangan

a)anak benih pisang berangan

4)pusat latihan ternakan

Subscribe