6:55 AM

Projek Ikan Keli

Posted by Utara Ternak Farm |


PENGENALAN

Penternakan ikan keli adalah salah satu cabang sistem 3P yang dijalankan oleh syarikat kami.Penternakan ikan keli jika diuruskan dengan teratur dan berjadual akan menjana pendapatan sampingan yang lumayan.Syarikat kami mempunyai 14 buah kolam yang dapat menghasilkan purata jualan 2tan-3tan sebulan .Syarikat kami tidak tertumpu pada jualan ikan keli yang matang sahaja tetapi jualan anak benih ikan keli yang lebih menguntungkan.Jualan benih ikan keli amat mengalakan, ini kerana permintaan terhadap benih anak ikan keli amat memberansangkan.



MODAL

Modal yang diperlukan tertumpu pada perancangan perniagaan individu.Modal meliputi pelbagai aspek termasuk pembinaan jenis kolam ,keluasan kolam ,kapasiti ikan dan permakanan ikan keli tersebut .Ramai penternak ikan keli sekarang terpaksa gulung tikar akibat pengurusan modal yang terhad.Penternak tidak memahami apakah risiko yang mereka hadapi ketika menternak ikan keli .Ramai penternak terlalu taksub menternak ikan keli tanpa membuat analisa terlebih dahulu tentang penternakan ikan keli ini.Pengunaan dedak ikan keli secara berterusan tanpa berjadual mengakibatkan penternak kehabisan modal .Pengairan air dan proses (greding) yang tidak teratur menyebabkan pembesaran ikan keli terbantut.



PASARAN

Pasaran ikan keli amat luas .Sehingga kini syarikat kami tidak dapat menampung permintaan ikan keli matang ataupun benih ikan keli .Ini kerana pembeli memilih ikan keli untuk dijadikan sebagai lauk kerana harga nya yang lebih murah berbanding harga ikan @daging ayam.


(GREDING) PEMILIHAN SAIZ IKAN KELI

Pemilihan saiz ikan keli @proses greding amat penting .Ini kerana dalam proses ini saiz ikan dapat ditetapkan agar tidak terjadi pembesaran anak ikan yang tidak seimbang .Kapasiti ikan keli didalam sesebuh kolam juga amat penting.Ini kerana jika berlaku jumlah ikan keli yang terlalu padat akan mengakibatkan tumbuhbesaran ikan keli akan terbantut.


ANAK BELIH IKAN KELI

Utara Ternak Farm ada menawarkan jualan benih ikan .


Kami Juga Ada Menjual Hempas Soya RM15 Setong 60kg

Untuk dapatkan khidmat dan keterangan lanjut hubungi ;(012 2007573 En Aswad.)

Subscribe